Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Search This Blog
Jan 31, 2011
dia..yang bergelar sahabat...
Segala puji hanya bagiMu Tuhan Lantaran telah menjadikan daku – seorang wanita Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam Dengan seindah dan sebaik ciptaan
Sahabatku….. Si tulang bengkok Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah Hasil doa seorang lelaki Namun Ya Allah Biarlah kejadiannya memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.
Kiranya sahabatku menjadi seorang isteri Kurniakanlah padanya kekuatan Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid Pengembang perjuangan disayap kiri Diadun dengan kelembutan Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa Seanggun peribadi Saidatina Khadijah Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan Yang memiliki sembilan nafsu Merdeka dari kepentingan peribadi Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali Dihantar pemergiannya tanpa bertanya “Bila kan pulang?” Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan Bersulamkan kemesraan Rumahtangga adalah syurga Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah Akal yang tunggal tidak dibiarkan Hanya berlega dicelahan periuk belanga Di sebalik lipatan lampin anak Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!
Namun Ya Tuhan Siapalah sahabatku itu untuk memiliki Watak wanita solehah pendamping nabi Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati Maka kurniakanlah kepadanya Sekeping hati yang sentiasa insaf Hak seorang suami Tidak kan mungkin dia penuhi Biarpun dijilat nanahnya yang berlelehan Biar dia tadahkan wajahnya.. Buat mengusap debu di telapak kaki suaminya……
Dan sememangnya sahabatku mengimpikan Watak seorang ibu Yang bakal melahirkan Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar Menggadai dunia demi kasih TuhanNya Segigih Zubair Ibnu Awwaam Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu Jua.. Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah Rela direbus demi mempertahankan iman Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun sahabatku bukan ibu yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi
Namun.. Mudah-mudahan zuriatnya Bakal menampilkan Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah Yang saling redha berkorban dan dikorbankan Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan jihad :
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia. Aduhai, kiranya sahabatku punya seorang anak lagi, Relakanlah dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya sahabatku ditaqdirkan kehilangan mereka Setenang Ummu Faisal Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi
redhailah sahabatku yang dhaif ini sebagai hambaMu Inilah pengaduan harap dan munajat Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..” dia

lagu tok semustinya ada kaitan dengan kisah aku dan dia....
Seandainya Tuhan Mengizinkan
Artist: Stings
Seandainya Tuhan mengizinkan
Ingin aku terus bersamamu
Biarpun pedih dugaannya
Rela aku menghadapinya dengan sabar
Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu
Tak pernah kutermimpi
Untuk bercinta denganmu oh sayangku
Tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta
Sekiranya kau dapat terima aku seadanya
Itulah buktinya keihklasanmu
Andainya Tuhan megizinkan ingin menunaikan
Segala impian yang lama terpendam
Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu
Tiada siapa dapat melenyapkan cinta di hatiku
Hanya Tuhan saja yang berkuasa
Aku harap engkau masih menyayangi diri ini
Kerana kutidak sanggup berpisah denganmu
Kenangilah saat-saat indah percintaan kita
Semoga abadi kisah cinta kita
Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu
Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu
Selama-lamanya
Mun kitak rasa org yg disayang dah tak begitu menyayangi kita lagi .. ingat jak cerita tok ...
Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang
muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita
yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis
seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi.
Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta
yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, sayang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di
depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya
harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab
dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau sayang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti
menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika sayang memanjat gunung-gunung itu,
Abang akan mati. Apakah yang sayang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar
responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas
yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah
pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang
harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh
menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti
kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke
rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang
untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu
yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang
alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata
Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang
indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu
mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti. Untuk itu sayang,
jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti
mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus
membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan
Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan
Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang
tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan
melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.
Itulah cinta... "di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat
memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah
kita bayangkan sebelum ini..."

Subscribe to:
Posts (Atom)